Jumaat, 28 September 2012

Komunikasi Berkesan dalam Bilik Darjah

KONSEP KOMUNIKASI
Komunikasi bermaksud perhubungan. Tujuan utama berkomunikasi antara orang ialah menyampaikan khabar, berita, masej, pendapat atau maklumat kepada pendengar. Terdapat pelbagai cara digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi. Antaranya ialah penggunaan alat media seperti majalah, akhbar, radio, television, internet dan sebagainya. Tetapi biasanya komunikasi berlaku dalam bentuk lisan dan bertulis.
sambung....

Falsafah Pendidikan Guru




Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkasakan Bahasa Inggeris






Rabu, 26 September 2012

Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR



Contoh kertas 2 Bahasa Melayu UPSR.

                             bahasa melayu UPSR 2 from cikgu paklong

Penanda Wacana

Contoh penanda wacana.


Untuk menambah pengetahuan tentang penanda wacana


Tips Pelajar Cemerlang



  1. Kali ini cuma nak berkongsi ilmu dengan pembaca mengenai rakaman audio ceramah motivasi yang disampaikan oleh pakar motivasi tanah air terkenal,Dr. Fadzilah Kamsah mengenai tips-tips untuk menjadi pelajar cemerlang.
  2. Mungkin tajuk ini sudah lali dan biasa kita dengar akan tajuk ini sejak di bangku sekolah lagi namun perkara yang akan disebutkan inilah sebenarnya antara faktor,tips dan petua untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang.Kecemerlangan yang saya cuba tekankan di sini adalah banyak berkaitan dengan kecemerlangan dalam bidang akademik dan ilmu pengetahuan.Sebelum itu,haruslah diingat kecemerlangan seseorang pelajar bukan hanya sekadar dinilai pada tahap prestasi pencapaian dalam peperiksaan sahaja,malah banyak aspek lain lagi yang akan menentukan sama ada seseorang itu pelajar cemerlang atau tidak,seperti menghormati ibu bapa dan guru,berakhlak mulia dengan rakan-rakan dan masyarakat,menggunakan ilmu yang diperolehi untuk kebaikan masyarakat dan banyak lagi faktor lain yang tidak mampu untuk disenaraikan di sini.

LATIHAN PEMAHAMAN


Teliti jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.   


                                                                                                                                  
JADUAL WAKTU BELAJAR MURID TAHUN ENAM
MASA
HARI
SIANG
MALAM
3.00 – 4.00
4.00 – 6.00
7.30 – 8.30
9.00 – 10.00
ISNIN
Kerja rumah
Sains/ Kajian Tempatan
Bahasa Melayu/ Pemahaman
Matematik
SELASA
Kerja rumah
Kokurikulum
Sains/ Kajian Tempatan
B.Inggeris
RABU
Kerja rumah
Riadah
Matematik
Sains/ Kajian Tempatan
KHAMIS
Kerja rumah
Kokurikulum
Bahasa Melayu/ Sistem Bahasa
Matematik
JUMAAT
Kerja rumah
Bahasa Melayu/ Penulisan
B. Inggeris
Matematik
MASA
HARI
9.00 – 1.00
pagi
11.00 – 2.00
pagi-petang
3.00 – 4.00
petang
4.00 – 5.00
petang
5.00 – 6.00
petang
8.00 – 10.00
malam
SABTU
Matematik
(perbincangan)
Bebas/ Rehat
Sains/ Kajian Tempatan
B. Inggeris
Riadah
Menonton
AHAD
BM/ Penulisan
(Perbincangan)
Bebas/ Rehat
BM/ Pemahaman
Matematik
Riadah
Menonton



1 Apakah mata pelajaran yang kurang diberi perhatian?

   A   Matematik

   B    Bahasa Melayu

   C    Bahasa Inggeris

   D   Sains/ Kajian Tempatan


2 Bilakah waktu untuk menyiapkan kerja rumah?

   A   Pada hari Isnin

   B    Pada setiap hujung minggu

   C    Setiap hari dari pukul 3 hingga 4 petang

   D   Mulai 3 petang pada hari-pari persekolahan

3 Berapakah mata pelajaran yang diberi masa belajar yang sama?

   A   Satu mata pelajaran

   B    Dua mata pelajaran

   C    Tiga mata pelajaran

   D   Empat mata pelajaran


4 Antara yang berikut, yang manakah tidak benar tentang jadual di atas?

   A   Jadual tersebut menyediakan masa tidur yang terbatas

   B    Jadual tersebut menekankan aktiviti kokurikulum

   C    Jadual tersebut disusun untuk pelajar di sekolah rendah

   D   Jadual tersebut memberi peluang kepada pelajar merehatkan fikiran


5 Tujuan jadual tersebut disediakan adalah untuk

   A   merancang aktiviti pelajar.

   B    memastikan pembelajaran yang seimbang.

   C    mengenal pasti mata pelajaran yang lemah.

   D   mengagihkan masa yang sama untuk setiap mata pelajaran.

PEMAHAMAN 2 (TAHUN 6) UPSR


Baca ucapan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
      Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tuan Pengetua, Encik Syed Mazlan Muhamad, Cikgu Norlia Othman, guru-guru, dan rakan-rakan yang dikasihi. Selamat sejahtera dan selamat petang.
      Lebih dahulu saya mengucapakan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana mengadakan majlis yang meriah dan sungguh bererti buat saya ini.
      Sebenarnya saya juga tidak menduga akan meraih kejayaan yang sangat cemerlang ini. Terpilih sebagai Pelajar Terbaik bagi seluruh negeri Perak, akan abadi sebagai kenangan paling manis sepanjang persekolahan saya di sini. Sesungguhnya kejayaan ini ialah hasil dorongan, tunjuk ajar, dan kerjasama Pengetua, guru-guru, keluarga, dan rakan-rakan. Tanpa kalian, kejayaan ini tentunya sukar menjadi kenyataan.
     
Hadirin yang dihormati,
      Sebagai anak yatim yang sentiasa dalam kesempitan hidup, saya amat sedar akan perlunya usaha yang bersungguh-sungguh, cekal, rajin, dan tabah untuk mengubah corak hidup saya ke arah masa depan yang lebih cerah. Kepada ibu yang dikasihi, inilah juga tanda terima kasih saya terhadap pengorbananmu yang suci. Kepada adik-adik saya, susulilah jejak ini. Saya juga yakin rakan-rakan di dewan ini mampu berjaya seperti saya, malahan lebih lagi. Yakinlah  bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
      Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada 14 orang lagi rakan saya yang berjaya mendapat 8A dalam peperiksaan SPM yang lalu. Syabas juga kepada Pengetua dan guru-guru yang bertungkus-lumus membimbing kami sehingga memecah rekod sekolah, iaitu seratus peratus lulus.

SOALAN PEMAHAMAN BM KERTAS 1





Persatuan Sejarah,
Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad,
71000 Port Dickson.
                                                                                                                                               
Ketua Pengarah,
Arkib Negara Malaysia,
Jalan Duta,
50568 KUALA LUMPUR.                                                                                    6 OKTOBER 2007
Tuan,
Memohon Kebenaran Melawat ke Arkib Negara
Merujuk kepada perkara di atas, saya bagi pihak ahli Persatuan Sejarah Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad, ingin memohon kebenaran untuk melawat ke Arkib Negara.
2.                                 Butir-butir lawatan tersebut adalah seperti yang berikut:
      Masa                   :  2.00 petang
      Tarikh                 :  21 November 2007
      Ahli rombongan  :  42 orang murid dan 2 orang guru
3.                              Tujuan lawatan kami adalah seperti yang berikut:
      (a) Meluaskan pengetahuan pelajar
      (b) Melihat sendiri cara bahan-bahan sejarah disimpan dan direkodkan
      (c) Mengetahui kepentingan bahan sejarah dan peranan Arkib Negara
      (d) Memahami perkhidmatan yang dapat diperoleh orang ramai daripada Arkib Negara
4.                              Kami berharap agar pihak tuan dapat memberikan taklimat menyeluruh tentang fungsi Arkib Negara dan kerja-kerja yang dilakukan di jabatan tersebut.
Mudah-mudahan permohonan kami diberikan pertimbangan yang sewajarnya. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
         Hayati
(HAYATI KARIM)
Setiausaha Persatuan Sejarah,
Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad.


1 Siapakah pengirim surat itu?

   A   Ketua Pengarah Arkib Negara

   B    Setiausaha Persatuan sejarah

   C    Guru Besar Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad

   D   Guru Penasihat Persatuan Sejarah


2 Apakah yang dimintanya daripada Ketua Pengarah Arkib Negara?

   A   Kebenaran mendapatkan bahan sejarah

   B    Kebenaran menggunakan kemudahan di Arkib Negara

   C    Kebenaran meminjam rekod-rekod di Arkib Negara

   D   Kebenaran melawat Arkib Negara


3 Rombongan yang akan melawat ke Arkib Negara terdiri daripada

   A   21 orang.            C    42 orang.

   B    40 orang.            D   44 orang.


4 . Apakah peranan yang dimainkan oleh Arkib Negara?

   A   Menulis buku tentang sejarah Malaysia

   B    Memberikan perkhidmatan mencari bahan sejarah

   C    Menyimpan dan merekod bahan-bahan sejarah

   D   Menerangkan kepentingan sejarah kepada orang ramai


5 .Yang berikut ialah tujuan lawatan tersebut, kecuali

   A   melihat cara bahan-bahan sejarah disimpan.

   B    mengetahui peranan Arkib Negara.

   C    meluaskan pengetahuan pelajar.

   D   mendapatkan perkhidmatan Arkib Negara.

Selasa, 25 September 2012

Bentuk Apitan ke...an

1.Kata berapitan ke...an dapat dibentuk dengan memberikan awalan ke- dan
akhiran -an pada kata dasarnya.
2.Apitan ke...an tidak berubah bentuknya apabila diimbuhkan pada kata dasar.


Makna Apitan ke...an
Apitan ke...anmempunyai beberapa makna,iaitu:
(a)tempat...bertugas atau daerah...
kedutaan =tempat duta bertugas
kerajaan =daerah raja

(b)hal tentang sesuatu
keagamaan =hal tentang agama
kehakiman =hal tentang hakim

(c)keadaan atau sifat...
kebaikan =keadaan atau sifat baik
kecantikan =keadaan atau sifat cantik

(d)sesuatu atau seseorang yang di...kan...
keinginan =sesuatu yang diinginkan
ketetapan =sesuatu yang ditetapkan

(e)tempat yang di...i
kediaman =tempat yang didiami
kedudukan =tempat yang diduduki

(f)perihal...
kedatangan =perihal datang
kepergian =perihal pergi `


contoh ayat:

1.Anak kesayangan Mak Minah akan berlepas ke England untuk melanjutkan pelajarannya.
2.Kita janganlah menghina kebodohan orang lain.
3.Musafir itu meminta air kerana dia kedahagaan.
4.Walaupun sudah berumur dua puluh tahun, kadang-kadang Ismail berkelakuan keanak-anakan apabila kehendaknya tidak dikabulkan oleh ibunya.

Kata Depan

di menunjukkan tempat 1.Burung terbang di langit.
2.Sukan itu diadakan
di padang sekolah ini.
ke menunjukkan
tempat/arah
1.Kami akan ke Melaka.
2.Dia menoleh
ke kiri dan kanan.
dari menunjukkan waktu 1.Sukan itu diadakan dari jam 8.00 pada
hingga 11.00 pagi.
2.Jalan itu ditutup
dari bulan Mac hingga bulan
Mei.
menunjukkan arah 1.Dai mengeluarkan buku dari laci.
2.Cikgu Mansor berasal
dari Pahang.
untuk/
bagi
menyatakan
digunakan untuk
sesuatu
1.Buku cerita ini untuk abang.
2.Ubat ini tidak sesuai
bagi kanan-kanan.
daripada menyatakan punca 1.Buah tangan ini daripada nenek.
2.Negara kita terdiri
daripada pelbagai kuam.

Tanda Baca

Tanda Baca Ayat Contoh
Tanda noktah
titik.gif (1579 bytes)
a. Pengawas itu sedang menaikkan bendera Malaysia.
b. kereta itu bukan kereta Proton Saga.
c. Kapal itu berlabuh di Pelabuhan.
Tanda Koma
koma.gif (1520 bytes)
a. Setiba di Zoo Negara, ayah pun pergi membeli tiket.
b. Selain mengumpulkan setem, lencana, dan daun-daun kering, Amin juga bermain badminton pada waktu lapang.
c.Setahun saya, bas itu belum tiba lagi.
Tanda soal
tanya.gif (1718 bytes)
a. Bagimanakah mereka menyelamatkan budak yang hampir mati lemas itu?
b. Sudahkah abang kamu menghabiskan kerjanya?
c. Siapakah yang menemaninya tadi?
Tanda seru
seru.gif (1626 bytes)
a. Amboi, wanginya durian-durian ini!
b. Aduh, sakitnya gigi saya!
c. Cis, biadab betul budak itu!
Tanda sempang
sengkang.gif (1567 bytes)
a. Sayur-sayuran itu dimasukannya ke dalam bakul.
b. Anak Puan Siti pandai-pandai belaka.
c. Pakaian pengemis compang-compang.
Tanda petik
tpetik.gif (2285 bytes)
a."Cikgu Tan akan bersara pada bulan depan," kata guru besar.
b. Wai Seng bertanya, "Bolehkah saya pinjam buku ini?"
c. "Baiklah, cikgu," kata Ahmad.
Huruf Besar
a. Orang tua itu tinggal di Taman Indah, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
b. Pen Parker ini dibelinya dari Kerai Jam Tangan Megah pada bulan Ogos yang lalu.
c. Dewan Pelajar merupakan majalah yang sangat sesuai bagi kanak-kanak

KATA ADJEKTIF DAN KATA ADVERBA




1. Kata Adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu kata nama seperti
benda,orang,tempat,keadaan
dan sebagainya.
2. Kata Adjekfit juga dikenali sebagai Kata Sifat.


Contoh Kata Adjektif Contah Ayat
nakal
garang
besar
tebal
lurus
Chee Keong seorang budak yang nakal.
Lembu janntan itu sangat garang.
Rumah besar itu sangat cantik.
Buku itu tebal.
Pembaris ini lurus.

3. Kata Adverba ialah kata yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kata kerja.

Contoh Kata Adverba Contoh Ayat
tinggi
kencang
perlahan
gelojoh
lebat
Burung itu terbang tinggi.
Angin bertiup dengan kencang.
Pak Ali berjalan dengan perlahan.
Budak nakal itu makan nasi dengan gelojoh.
Pokok mangga itu berbuah dengan lebat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...