Rabu, 26 September 2012

SOALAN PEMAHAMAN BM KERTAS 1





Persatuan Sejarah,
Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad,
71000 Port Dickson.
                                                                                                                                               
Ketua Pengarah,
Arkib Negara Malaysia,
Jalan Duta,
50568 KUALA LUMPUR.                                                                                    6 OKTOBER 2007
Tuan,
Memohon Kebenaran Melawat ke Arkib Negara
Merujuk kepada perkara di atas, saya bagi pihak ahli Persatuan Sejarah Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad, ingin memohon kebenaran untuk melawat ke Arkib Negara.
2.                                 Butir-butir lawatan tersebut adalah seperti yang berikut:
      Masa                   :  2.00 petang
      Tarikh                 :  21 November 2007
      Ahli rombongan  :  42 orang murid dan 2 orang guru
3.                              Tujuan lawatan kami adalah seperti yang berikut:
      (a) Meluaskan pengetahuan pelajar
      (b) Melihat sendiri cara bahan-bahan sejarah disimpan dan direkodkan
      (c) Mengetahui kepentingan bahan sejarah dan peranan Arkib Negara
      (d) Memahami perkhidmatan yang dapat diperoleh orang ramai daripada Arkib Negara
4.                              Kami berharap agar pihak tuan dapat memberikan taklimat menyeluruh tentang fungsi Arkib Negara dan kerja-kerja yang dilakukan di jabatan tersebut.
Mudah-mudahan permohonan kami diberikan pertimbangan yang sewajarnya. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
         Hayati
(HAYATI KARIM)
Setiausaha Persatuan Sejarah,
Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad.


1 Siapakah pengirim surat itu?

   A   Ketua Pengarah Arkib Negara

   B    Setiausaha Persatuan sejarah

   C    Guru Besar Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad

   D   Guru Penasihat Persatuan Sejarah


2 Apakah yang dimintanya daripada Ketua Pengarah Arkib Negara?

   A   Kebenaran mendapatkan bahan sejarah

   B    Kebenaran menggunakan kemudahan di Arkib Negara

   C    Kebenaran meminjam rekod-rekod di Arkib Negara

   D   Kebenaran melawat Arkib Negara


3 Rombongan yang akan melawat ke Arkib Negara terdiri daripada

   A   21 orang.            C    42 orang.

   B    40 orang.            D   44 orang.


4 . Apakah peranan yang dimainkan oleh Arkib Negara?

   A   Menulis buku tentang sejarah Malaysia

   B    Memberikan perkhidmatan mencari bahan sejarah

   C    Menyimpan dan merekod bahan-bahan sejarah

   D   Menerangkan kepentingan sejarah kepada orang ramai


5 .Yang berikut ialah tujuan lawatan tersebut, kecuali

   A   melihat cara bahan-bahan sejarah disimpan.

   B    mengetahui peranan Arkib Negara.

   C    meluaskan pengetahuan pelajar.

   D   mendapatkan perkhidmatan Arkib Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...