KESALAHAN UMUM
TATABAHASA
Pilih
ayat-ayat yang betul.
1 I Wati
berasa gelisah menunggu gilirannya untuk ditemu duga.
II Kain sutera itu amat sungguh lembut..
III Pramugari itu menunjukkan lakonan yang mengagumkan..
IV Pokok getah yang tua itu
sudah boleh ditebang.
A I dan IV
B II dan III
C I, II, dan III
D II,III dan 1V
2 I Buku itu perlu kamu serahkan ke guru.
II Mereka mendekati akan pondok itu.
III Almari itu penuh dengan buku rujukan.
IV Kami ke rumah datuk setiap bulan.
A I dan II
B III dan IV
C I, II, dan III
D II, III, dan IV
3 I Rumahnya
tidak beberapa jauh dari sekolah.
II Cermin
mata itu terhempas ke lantai lalu pecah.
III Kita jangan sekali-sekali dihina
orang miskin.
IV Sungguh
petah murid itu bersyarah.
A I dan IV
B II dan IV
C I, II, dan III
D II, III, dan IV
4 I Di gerai itu goreng ubi ada dijual.
II Keadaan
di Afghanistan masih kacau-bilau.
III Beberapa papan petai
disangkutnya pada tali itu.
IV Kehijauan pepohon itu
menyegarkan pandangan.
A I dan II
B III dan IV
C I, II, dan III
D II, III, dan IV
5 I Jalan
menuju ke bandar raya Kuala Lumpur sesak oleh kenderaan pada waktu puncak.
II Kami terus terdiam apabila
guru disiplin datang.
III Perbuatan
yang mereka lakukan menimbulkan kemarahan guru.
IV Semua
murid-murid dalam kelas digalakkan saling bantu-membantu.
A I dan II
B III dan IV
C I, II, dan III
D II, III, dan IV
6 I Petani
berasa bimbang bila hujan semakin lebat.
II Baju itu didermakan ke
anak-anak yatim oleh jutawan muda.
III Kedua-dua rakan karib
saya itu beragama Hindu.
IV Pelbagai jenis bunga
terdapat di taman itu.
A I dan II
B I dan III
C III dan IV
D I, II, III, dan IV
7 I Azlan
meninggalkan majlis itu dalam kehampaan.
II Makanan yang disajikan
oleh ibu masih belum terusik.
III Ayah belum menerima
apa-apa berita tentang kakak.
IV Kakak tidak suka memakai
pakaian jarang.
A I dan III
B I dan IV
C I, II, dan III
D I, II, III, dan IV
8 I Sayur
yang telah kering itu terpaksa dibuang.
II Adik mengangkat pakaian yang
telah kering.
III Isteri nelayan itu melibatkan diri dalam
perusahaan membuat keropok.
IV Pokok yang tidak disiram
akan layu dan mati.
A I dan III
B II dan IV
C II, III, dan IV
D I, II, III, dan IV
9 I Segala ekor haiwan telah lari ke dalam
hutan.
II Emak Nazli mempunyai
harapan untuk pulih jika dia menjalani pembedahan.
III Pendapat Shamsudin
diterima oleh rakan-rakannya.
IV Semangat bekerjasama
perlu diwujudkan dalam masyarakat pelbagai kaum.
A I dan II
B I, II, dan III
C II, III, dan Iv
D I, II, III, dan IV
10 I Pada zaman silam, kononnya semua haiwan
dapat berkata-kata.
II Latihan itu
bertujuan memperkuat barisan pertahanan.
III Sekali-sekala ada
juga dia menjenguk kami.
IV Kipas helikopter itu
berpusing-pusing dengan ligatnya.
A I dan III
B II dan IV
C I, II, dan III
D I, II, III, dan IV
11 I “Awak datang daripada mana,” tanya Encik
Hassan kepada anaknya.
II Mereka telah
dipanggil oleh Guru Besar.
III Encik Chin sanggup
berkorban demi kebahagiaan anak tunggalnya.
IV Kereta perompak itu
membelok dari kiri ke kanan sebelum terbabas.
A I dan II
B III dan IV
C I, II, dan III
D II, III, dan IV
12 I Beliau
merupakan seorang perompak yang amat dikehendaki oleh polis.
II Dia menyampaikan
permohonan itu melalui ketua jabatannya.
III Saya tidak suka awak
dikawan dengan mereka yang nakal.
IV Ayahnya seorang
usahawan yang berjaya.
A I dan III
B II dan IV
C I, II, dan IV
D II, III, dan IV
13 I Di waktu petang, ayah menyiram
sayur-sayuran di kebun.
II Surat ini daripada
mak cik saya yang berada di Nagoya.
III Mereka sedang
berbincang tentang masalah disiplin pelajar.
IV Pihak polis membuat
pemeriksaan dari bilik ke bilik.
A I dan II
B I, II, dan III
C II, III, dan IV
D I, II, III, dan IV
14 I Sekurangnya 250 orang pelajar akan
menyertai bengkel motivasi.
II Benar, kemalangan
itu berlaku pada belah petang.
III Setiap pelajar
mestilah bijak membahagikan masa.
IV Peniaga itu menjual
pelbagai jenis biskut pada musim perayaan.
A I dan II
B III dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV
15 I Makanan itu diberikan oleh Rosli ke
adiknya.
II Nancy memberikan
duit pada kakaknya.
III Kucing itu dipelihara
oleh pak cik sejak kecil lagi.
IV Kakaknya membalut
hadiah dengan kertas berbunga.
A I dan II
B III dan IV
C I, II, dan IV
D II, III, dan IV
Latihan tatabahasa ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid. Baik.
BalasPadam