Selasa, 4 Disember 2012


   
KESALAHAN UMUM TATABAHASA

Pilih ayat-ayat yang betul.


1 I     Wati berasa gelisah menunggu gilirannya untuk ditemu duga.
II    Kain sutera itu amat sungguh lembut..
III  Pramugari itu menunjukkan lakonan yang mengagumkan..
   IV  Pokok getah yang tua itu sudah boleh ditebang.
   A   I dan IV
   B    II dan III
   C    I, II, dan III
   D   II,III dan 1V

2 I     Buku itu perlu kamu serahkan ke guru.
   II    Mereka mendekati akan pondok itu.
   III  Almari itu penuh dengan buku rujukan.
   IV  Kami ke rumah datuk setiap bulan.
   A   I dan II
   B    III dan IV
   C    I, II, dan III
   D   II, III, dan IV

3 I     Rumahnya tidak beberapa jauh dari sekolah.
   II    Cermin mata itu terhempas ke lantai lalu pecah.
   III  Kita jangan sekali-sekali dihina orang miskin.
   IV  Sungguh petah murid itu bersyarah.
   A   I dan IV
   B    II dan IV
   C    I, II, dan III
   D   II, III, dan IV

4 I     Di gerai itu goreng ubi ada dijual.
   II    Keadaan di Afghanistan masih kacau-bilau.
   III  Beberapa papan petai disangkutnya pada tali itu.
   IV  Kehijauan pepohon itu menyegarkan pandangan.
   A   I dan II
   B    III dan IV
   C    I, II, dan III
   D   II, III, dan IV

5 I     Jalan menuju ke bandar raya Kuala Lumpur sesak oleh kenderaan pada waktu puncak.
   II    Kami terus terdiam apabila guru disiplin datang.
   III  Perbuatan yang mereka lakukan menimbulkan kemarahan guru.
   IV  Semua murid-murid dalam kelas digalakkan saling bantu-membantu.
   A   I dan II
   B    III dan IV
   C    I, II, dan III
   D   II, III, dan IV

6 I     Petani berasa bimbang bila hujan semakin lebat.
   II    Baju itu didermakan ke anak-anak yatim oleh jutawan muda.
   III  Kedua-dua rakan karib saya itu beragama Hindu.
   IV  Pelbagai jenis bunga terdapat di taman itu.
   A   I dan II
   B    I dan III
   C    III dan IV
   D   I, II, III, dan IV

7 I     Azlan meninggalkan majlis itu dalam kehampaan.
   II    Makanan yang disajikan oleh ibu masih belum terusik.
   III  Ayah belum menerima apa-apa berita tentang kakak.
   IV  Kakak tidak suka memakai pakaian jarang.
   A   I dan III
   B    I dan IV
   C    I, II, dan III
   D   I, II, III, dan IV

8 I     Sayur yang telah kering itu terpaksa dibuang.
   II    Adik mengangkat pakaian yang telah kering.
   III  Isteri nelayan itu melibatkan diri dalam perusahaan membuat keropok.
   IV  Pokok yang tidak disiram akan layu dan mati.
   A   I dan III
   B    II dan IV
   C    II, III, dan IV
   D   I, II, III, dan IV

9 I     Segala ekor haiwan telah lari ke dalam hutan.
   II    Emak Nazli mempunyai harapan untuk pulih jika dia menjalani pembedahan.
   III  Pendapat Shamsudin diterima oleh rakan-rakannya.
   IV  Semangat bekerjasama perlu diwujudkan dalam masyarakat pelbagai kaum.
   A   I dan II
   B    I, II, dan III
   C    II, III, dan Iv
   D   I, II, III, dan IV

10  I     Pada zaman silam, kononnya semua haiwan dapat berkata-kata.
      II    Latihan itu bertujuan memperkuat barisan pertahanan.
      III  Sekali-sekala ada juga dia menjenguk kami.
      IV  Kipas helikopter itu berpusing-pusing dengan ligatnya.
      A   I dan III
      B    II dan IV
      C    I, II, dan III
      D   I, II, III, dan IV

11  I     “Awak datang daripada mana,” tanya Encik Hassan kepada anaknya.
      II    Mereka telah dipanggil oleh Guru Besar.
      III  Encik Chin sanggup berkorban demi kebahagiaan anak tunggalnya.
      IV  Kereta perompak itu membelok dari kiri ke kanan sebelum terbabas.
      A   I dan II
      B    III dan IV
      C    I, II, dan III
      D   II, III, dan IV

12  I     Beliau merupakan seorang perompak yang amat dikehendaki oleh polis.
      II    Dia menyampaikan permohonan itu melalui ketua jabatannya.
      III  Saya tidak suka awak dikawan dengan mereka yang nakal.
      IV  Ayahnya seorang usahawan yang berjaya.
      A   I dan III
      B    II dan IV
      C    I, II, dan IV
      D   II, III, dan IV

13  I     Di waktu petang, ayah menyiram sayur-sayuran di kebun.
      II    Surat ini daripada mak cik saya yang berada di Nagoya.
      III  Mereka sedang berbincang tentang masalah disiplin pelajar.
      IV  Pihak polis membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik.
      A   I dan II
      B    I, II, dan III
      C    II, III, dan IV
      D   I, II, III, dan IV

14  I     Sekurangnya 250 orang pelajar akan menyertai bengkel motivasi.
      II    Benar, kemalangan itu berlaku pada belah petang.
      III  Setiap pelajar mestilah bijak membahagikan masa.
      IV  Peniaga itu menjual pelbagai jenis biskut pada musim perayaan.
      A   I dan II
      B    III dan IV
      C    I, III, dan IV
      D   II, III, dan IV

15  I     Makanan itu diberikan oleh Rosli ke adiknya.
      II    Nancy memberikan duit pada kakaknya.
      III  Kucing itu dipelihara oleh pak cik sejak kecil lagi.
      IV  Kakaknya membalut hadiah dengan kertas berbunga.
      A   I dan II
      B    III dan IV  
      C    I, II, dan IV
      D   II, III, dan IV







1 ulasan:

  1. Latihan tatabahasa ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid. Baik.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...