Rabu, 10 Oktober 2012
Penanda wacana
PENANDA WACANA.....dikenali sebagai perangkai ayat juga. Penanda wacana ini digunakan atau berfungsi untuk merangkaikan ayat dengan ayat yang lain untuk mendapat idea keseluruhannya.
Yang berikut ialah senarai penanda wacana yang terdapat dalam bahasa Melayu baku:
1. Setelah berusaha bersungguh-sungguh akhirnya Badaruddin berjaya menyiapkan segala projek
sekolah yang diberi oleh gurunya itu.
2. Rama telah ponteng kerja selama hampir tiga minggu tanpa sebarang sebab. Oleh itu, majikannya
telah mengambil keputusan untuk memberhentikannya.
3. Adnan ke Subang pada sebelah pagi. Kemudian, dia akan ke Kelang pada sebelah petangnya.
4. Haji Hassan mati dibaham harimau akar. Oleh sebab itu, mayatnya itu tidak perlu dimandikan
kerana semua bahagian badannya telah berkecai.
5. Karim gagal memenuhi amanat arwah ayah. Mungkin, dia ada sebab tertentu yang orang lain tidak
tahu.
6. Awie suka tidur pada waktu petang, lebih-lebih lagi kalau cuaca sejuk atau dingin.
7. Kah Tit masih mahu meneruskan perniagaannya meskipun terdapat banyak persaingan.
8. Hanim suka pulang lewat ke rumah. Oleh sebab itu, ibunya tidak membenarkannya keluar bersama-
sama dengan kawan-kawannya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalaamualaikum..saya munib..mohon izin guna maklumat dari blog ini utk PdP tahun 4
BalasPadam