Khamis, 25 Oktober 2012

Kertas 2 : Bahagian C



Panduan atau rujukan menjawab kertas 2

                            Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr from cikgu paklong


Contoh latihan bahagian C






Rabu, 10 Oktober 2012

Penanda wacana



PENANDA WACANA.....dikenali sebagai perangkai ayat juga. Penanda wacana ini digunakan atau berfungsi untuk merangkaikan ayat dengan ayat yang lain untuk mendapat idea keseluruhannya.
Yang berikut ialah senarai penanda wacana yang terdapat dalam bahasa Melayu baku:



1.   Setelah berusaha bersungguh-sungguh akhirnya Badaruddin berjaya menyiapkan segala projek 
      sekolah yang diberi oleh gurunya itu.
2.   Rama telah ponteng kerja selama hampir tiga minggu tanpa sebarang sebab. Oleh itu, majikannya 
       telah mengambil keputusan untuk memberhentikannya.
3.   Adnan ke Subang pada sebelah pagi. Kemudian, dia akan ke Kelang pada sebelah petangnya.
4.   Haji Hassan mati dibaham harimau akar. Oleh sebab itu, mayatnya itu tidak perlu dimandikan 
       kerana semua bahagian badannya telah berkecai.
5.   Karim gagal memenuhi amanat arwah ayah. Mungkin, dia ada sebab tertentu yang orang lain tidak 
       tahu.
6.   Awie suka tidur pada waktu petang, lebih-lebih lagi kalau cuaca sejuk atau dingin.
7.   Kah Tit masih mahu meneruskan perniagaannya meskipun terdapat banyak persaingan.
8.   Hanim suka pulang lewat ke rumah. Oleh sebab itu, ibunya tidak membenarkannya keluar bersama-
       sama dengan kawan-kawannya.

Surat Rasmi

Panduan menulis surat  rasmi.



Panduan Tatabahasa

Contoh penggunaan tatabahasa yang salah dan perlu dibetulkan.






Ahad, 7 Oktober 2012

Penulisan Bahagian B

Aku sebuah komputer.










Tatabahasa - Cakap Pindah



Memahami  dialog / perbualan dan memindahkan kepada cakap pindah.


Cakap Ajuk Cakap Pindah
1.             Bentuk-bentuk cakap pindah atau perbualan berupa soalan atau dalam bentuk tanda soal hendalah ditukar kepada bentuk kenyataan atau pernyataan.
                Contoh :
CA  - “Petang semalam engkau pergi ke mana?” Tanya Jusoh kepada Ali.
CP  -  Jusuh menanya Ali ke mana dia pergi pada petang semalamnya.

2.             Ayat-ayat untuk cakap pindah hendaklah dihubungkan dengan kata-kata penghubung dan juga kata depan.
                Contoh:
Sudin   : Man! Kita dah sampai ni. Jangan lupa, tanggal kasutmu sebelum kita menyeberang parit itu.
Man    : Baiklah, Din. Nah, tolong pegang beg aku ni, Din!

lebih lanjut  (klik sini)

MEMILIH SOALAN KEPADA JAWAPAN


 
Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada jawapan yang bergaris.
 


1    Abang pergi ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya.

      A   Di manakah abang melanjutkan pelajaran?

      B    Mengapakah abang pergi ke Amerika Syarikat?

      C    Siapakah melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat?

      D   Adakah abang pergi ke Amerika Syarikat?

 

2    Perodua kancil ialah kereta kedua Malaysia.

      A   Bilakah kereta kedua Malaysia dinamakan?

      B    Apakah nama kereta kedua Malaysia?

      C    Berapakah kereta kedua Malaysia?

      D   Di manakah kereta kedua Malaysia dikeluarkan?

 

Isnin, 1 Oktober 2012

Memperkasa Bahasa Melayu

                                             Semua kaum perlu sentiasa guna bahasa Melayu
30 JUN — Pendirian tegas kerajaan untuk terus memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara adalah satu jaminan untuk membela, memelihara serta memartabatkan bahasa Melayu, sesuai dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan.
Dalam mengharungi era globalisasi, bahasa Melayu berdepan pelbagai cabaran bagi menghalangnya menjadi bahasa ilmu.

Pelbagai bentuk pencemaran bahasa akibat ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memburukkan lagi keadaan, sekali gus menuntut usaha bersepadu semua pihak bagi menjadikan bahasa Melayu terus relevan sebagai bahasa ilmu seiring perkembangan semasa.
Walaupun kedudukan bahasa Melayu dijamin Perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan, usaha memastikan bahasa Melayu digunakan secara ilmiah di samping dapat menggambarkan citra Melayu perlu diperkukuhkan.

Toleransi dalam bertutur menggunakan bahasa ibunda mengikut kaum di negara ini memang sudah sebati, namun alangkah lebih manis jika semua kaum di negara ini menjadikan bahasa Melayu sebagai medium utama dalam berkomunikasi tanpa sebarang prejudis.

Komitmen ditunjukkan kerajaan untuk mempertahan bahasa Melayu tidak sepatutnya dipandang serong atau diiringi dengan perasaan perkauman kerana bahasa lain juga bebas dituturkan di negara ini.
Selepas 57 tahun Malaysia merdeka, rakyat sepatutnya tidak lagi memandang negatif terhadap kemampuan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu tinggi seperti digunakan secara meluas dalam bidang sains, teknologi dan perundangan termasuk digunakan dalam dokumen perjanjian serta surat-menyurat.
Hakikat sebenar yang mungkin kurang diketahui umum ialah kita sebenarnya mempunyai ribuan istilah dalam pelbagai bidang seperti sains dan teknologi di dalam kamus serta glosari yang diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Aktiviti yang dilakukan selepas membaca serta memahami petikan akhbar di atas.


                            Imbuhan from abrarps

1. Penerangan oleh guru mengenai imbuhan.
2. Murid mengecam perkataan dalam petikan.
3. Latih tubi.

PROTIM Tahun 6














Membaca dengan Intonasi yang betul

Baca teks di bawah dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.

Permainan Tradisioanal – Congkak dan Wau

Permainan tradisioanal adalah sebahagian daripada cara berhibur bagi masyarakat pada zaman dahulu. Permainan ini juga dapat mengeratkan hubungan dalam masyarakat setempat. Oleh yang demikian, permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat.Ada di anatara permainan ini tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja.Walau bagaimanapun, ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga ke hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli,congkak, wau selambut sepak raga, gasing dan lain-lain lagi.



Terdapat dua jenis permainan tradisional yang masih mendapat perhatian sehingga ke hari ini, iaitu permainan wau dan congkak. Permainan wau juga dikenali sebagai layang-layang. Permainan wau amat digemari oleh penduduk- penduduk kampong. Wau direka dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama yang tersendiri seperti wau burung,wau pari,wau katak,wau bayan dan wau barat. Namun begitu, wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Permainan wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur talinya sehinggalah wau itu tinggi di udara. Oleh sebab itu, wau perlu dimainkan di kawasan lapang seperti di padang ataupun di sawah padi.

Pembelajaran dan pengajaran Cikgu Shikin ( 4 CEMERLANG)


Tarikh   :   28 hb September 2012

Masa  : 10.00 pagi hingga 11.30 pagi

Tajuk  : Gamat dan Rumpai air

Tema : Keajaiban alam

Fokus Utama : 8.1 Aras 3 (i) membina ayat majmuk dengan menggunakan                                
kata hubung dengan perluasan subjek dan predikat.

Fokus Sampingan :6.3 Aras 2 (i) Membaca dan mengenalpasti idea yang terdapat di dalam teks.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...