1.Kata berapitan ke...an dapat dibentuk dengan memberikan awalan ke- dan
akhiran -an pada kata dasarnya.
2.Apitan ke...an tidak
berubah bentuknya apabila diimbuhkan pada kata dasar.
Makna Apitan ke...an
Apitan ke...anmempunyai beberapa
makna,iaitu:
(a)tempat...bertugas atau daerah...
kedutaan =tempat duta
bertugas
kerajaan =daerah raja
(b)hal tentang sesuatu
keagamaan =hal tentang agama
kehakiman =hal tentang
hakim
(c)keadaan atau sifat...
kebaikan =keadaan atau sifat
baik
kecantikan =keadaan atau sifat cantik
(d)sesuatu atau
seseorang yang di...kan...
keinginan =sesuatu yang diinginkan
ketetapan =sesuatu yang ditetapkan
(e)tempat yang di...i
kediaman
=tempat yang didiami
kedudukan =tempat yang
diduduki
(f)perihal...
kedatangan =perihal datang
kepergian =perihal pergi `
contoh ayat:
1.Anak kesayangan Mak Minah akan berlepas ke England
untuk melanjutkan pelajarannya.
2.Kita janganlah menghina kebodohan orang
lain.
3.Musafir itu meminta air kerana dia kedahagaan.
4.Walaupun sudah
berumur dua puluh tahun, kadang-kadang Ismail berkelakuan keanak-anakan apabila
kehendaknya tidak dikabulkan oleh ibunya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan