Rabu, 26 September 2012

PEMAHAMAN 2 (TAHUN 6) UPSR


Baca ucapan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
      Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tuan Pengetua, Encik Syed Mazlan Muhamad, Cikgu Norlia Othman, guru-guru, dan rakan-rakan yang dikasihi. Selamat sejahtera dan selamat petang.
      Lebih dahulu saya mengucapakan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana mengadakan majlis yang meriah dan sungguh bererti buat saya ini.
      Sebenarnya saya juga tidak menduga akan meraih kejayaan yang sangat cemerlang ini. Terpilih sebagai Pelajar Terbaik bagi seluruh negeri Perak, akan abadi sebagai kenangan paling manis sepanjang persekolahan saya di sini. Sesungguhnya kejayaan ini ialah hasil dorongan, tunjuk ajar, dan kerjasama Pengetua, guru-guru, keluarga, dan rakan-rakan. Tanpa kalian, kejayaan ini tentunya sukar menjadi kenyataan.
     
Hadirin yang dihormati,
      Sebagai anak yatim yang sentiasa dalam kesempitan hidup, saya amat sedar akan perlunya usaha yang bersungguh-sungguh, cekal, rajin, dan tabah untuk mengubah corak hidup saya ke arah masa depan yang lebih cerah. Kepada ibu yang dikasihi, inilah juga tanda terima kasih saya terhadap pengorbananmu yang suci. Kepada adik-adik saya, susulilah jejak ini. Saya juga yakin rakan-rakan di dewan ini mampu berjaya seperti saya, malahan lebih lagi. Yakinlah  bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
      Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada 14 orang lagi rakan saya yang berjaya mendapat 8A dalam peperiksaan SPM yang lalu. Syabas juga kepada Pengetua dan guru-guru yang bertungkus-lumus membimbing kami sehingga memecah rekod sekolah, iaitu seratus peratus lulus.
     
Hadirin yang dihormati,
      Jika tiada aral melintang, pada bulan hadapan, daya akan berangkat ke United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran. Saya berjanji akan pulang dengan kejayaan yang lebih besar lagi. Insya-Allah!
      Akhir kata, sebelum saya mengundurkan diri, terima kasih sekali lagi kepada semua yang membuahkan kejayaan ini. Kejayaan saya ialah kejayaan kita bersama. Istimewa buat pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini, saya membekalkan semangat ini di sini. Semoga kalian mencatatkan prestasi yang lebih cemerlang. Sekian, terima kasih.

1 Di manakah ucapan tersebut disampaikan?

   A   Di padang sekolah

   B    Di rumah pengetua

   C    Di kantin sekolah

   D   Di dewan sekolah

  

2 Majlis itu diadakan untuk

   A   meraikan pelajar-pelajar yang lulus dalam peperiksaan SPM.

   B    meraikan kejayaan “saya” yang terpilih sebagai Pelajar Terbaik negeri Perak.

   C    meraikan Hari Guru.

   D   meraikan kejayaan sekolah mendapat keputusan SPM terbaik.


3 Berapa orangkah pelajar sekolah “saya” yang mendapat 8A dalam peperiksaan SPM?

   A   10 orang             C    15 orang

   B    14 orang             D   20 orang


4    Apakah kenangan paling manis “saya” selama bersekolah di situ?

   A   Terpilih sebagai pelajar terbaik di seluruh negeri Perak

   B    Dapat memberikan ucapan dalam majlis yang meraikan kejayaannya

   C    Berjaya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom

   D   Berjaya memecahkan rekod sekolah sebagai pelajar terbaik


5 Dalam ucapannya, “saya” mengatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Apakah maksud “saya” apabila berkata demikian?

   A   Kita mesti mengikut jalan yang betul untuk mencapai kejayaan

   B    Kita hendaklah berusaha memenuhi kemahuan kita

   C    Ada banyak cara untuk mencapai kejayaan dalam hidup

   D   Cita-cita kita akan tercapai kalau kita sanggup berusaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...