Isnin, 1 Oktober 2012

Pembelajaran dan pengajaran Cikgu Shikin ( 4 CEMERLANG)


Tarikh   :   28 hb September 2012

Masa  : 10.00 pagi hingga 11.30 pagi

Tajuk  : Gamat dan Rumpai air

Tema : Keajaiban alam

Fokus Utama : 8.1 Aras 3 (i) membina ayat majmuk dengan menggunakan                                
kata hubung dengan perluasan subjek dan predikat.

Fokus Sampingan :6.3 Aras 2 (i) Membaca dan mengenalpasti idea yang terdapat di dalam teks.

Aktiviti  :

1. (30 minit pertama) aktiviti yang dijalankan ialah menyalin contoh karangan. Aktiviti ini saya lakukan memandangkan murid-murid ini ditahap sederhana dan lemah. Mereka sering melakukan kesalahan ejaan ketika membina ayat dan menyalin nota. Disamping itu, aktiviti ini melatih murid-murid menulis dengan kemas dan cantik.

Refleksi terhadap P & P saya ini, murid dapat menyalin dengan kemas dan saya menegur tulisan dan ejaan yang salah pada ketika itu juga. Saya dapati murid-murid berlumba-lumba menyiapkan tugasan apabila saya member pujian atas hasil kerja yang kemas.

2. 30minit seterusnya, saya menjalankan aktiviti membaca senyap, membaca kuat secara individu dan berkumpulan. Aktiviti selanjutnya saya meminta murid menulis perkataan secara individu di papan tulis. Perkataan yang saya fokuskan ialah perkataan berimbuhan.  Seterusnya, saya jalankan aktiviti berkumpulan iaitu melengkapkan peta minda berdasarkan teks yang dibaca. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka berbincang melengkapkan peta minda mengikut perenggan petikan.

Refleksi  terhadap P & P ini, saya dapati murid berminat dan seronok. Mereka berusaha mencari isi –isi penting berdasarkan petikan untuk melengkapkan peta minda yang diberi. Saya dapati 80 peratus murid memberikan kerjasama yang baik dalam menyelesaikan tugasan.

3.     30   minit terakhir, saya menjalankan aktiviti secara individu. Murid membina lima ayat berdasarkan petikan yang dibaca. Saya menggunakan pendekatan individu bagi memastikan murid membina ayat dengan lengkap.
Refleksi terhadap P & P ini, saya dapati murid perlu dibimbing untuk membina ayat.  Saya membetulkan kesalahan ejaan yang dilakukan pada ketika itu. Murid yang lemah saya berikan kata kunci untuk membina ayat. Hasilnya murid dapat membina ayat dengan lengkap walaupun terdapat beberapa orang murid melakukan kesalahan struktur ayatnya

1 ulasan:

  1. Ya benar, para pelajar harus diberi penekanan dan perhatian kerana mereka akan berasa disayangi dan lebih berusaha untuk menyiapkan kerja sekolah dan lebih semangat untuk berlajar seperti yang dilakukan cikgu Shikin dalam mengajar saya dahulu dan anak-anak murid sekarang.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...