Ahad, 7 Oktober 2012

MEMILIH SOALAN KEPADA JAWAPAN


 
Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada jawapan yang bergaris.
 


1    Abang pergi ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya.

      A   Di manakah abang melanjutkan pelajaran?

      B    Mengapakah abang pergi ke Amerika Syarikat?

      C    Siapakah melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat?

      D   Adakah abang pergi ke Amerika Syarikat?

 

2    Perodua kancil ialah kereta kedua Malaysia.

      A   Bilakah kereta kedua Malaysia dinamakan?

      B    Apakah nama kereta kedua Malaysia?

      C    Berapakah kereta kedua Malaysia?

      D   Di manakah kereta kedua Malaysia dikeluarkan?

 

3    Memang benar latihan hoki pada petang ini telah ditunda.

      A   Mengapakah latihan hoki pada petang ini telah ditunda?

      B    Siapakah yang menundakan latihan hoki pada petang ini?

      C    Apakah yang menyebabkan latihan hoki pada petang ini ditunda?

      D   Benarkah latihan hoki pada petang ini telah ditunda?

 

4    Kapal terbang itu tidak dapat mendarat kerana keadaan cuaca kurang baik.

      A   Bagaimanakah kapal terbang itu tidak dapat mendarat?

      B    Di mana kapal terbang itu tidak dapat mendarat?

      C    Mengapa kapal terbang itu tidak dapat mendarat?

      D   Bila kapal terbang itu tidak dapat mendarat?

 

5    Kami menyambut baik peraturan baru itu.

      A   Apakah pandangan kalian tentang peraturan baru itu?

      B    Adakah kalian akan menerima peraturan  baru itu?

      C    Bagaimanakah kalian menerima peraturan baru itu?

      D   Sudahkah kalian dimaklumkan tentang peraturan baru itu?

 

6    Borang itu ditandatangani oleh Datuk Amin.

      A   Apakah tandatangan pada borang itu?

      B    Bilakah borang itu ditandatangan

      C    Siapakah yang menandatangani borang itu?

      D   Bagaimanakah borang itu mendapat tandatangan?

 

7    Saya suka berjoging kerana dapat menyihatkan badan.

      A   Bilakah masa yang sesuai bagi kamu berjoging?

      B    Adakah kamu suka berjoging?

      C    Mengapakah kamu suka berjoging?

      D   Adakah berjoging itu penting?

 

8    Hujah-hujah dan pandangan Razali itu berasaskan fakta yang kukuh.

      A   Di manakah Razali mendapat hujah-hujah dan pandangan itu?

      B    Adakah hujah-hujah dan pandangan Razali boleh dibangkang?

      C    Bilakah hujah-hujah dan pandangan Razali akan dibentangkan?

      D   Mengapakah hujah-hujah dan pandangan Razali diterima pakai?

 

9    Sambutan Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun.

      A   Bagaimanakah sambutan Hari Guru diadakan?    

B    Apakah kesan jika sambutan Hari Guru diadakan?

C    Mengapakah sambutan Hari Guru diadakan setiap tahun.

D   Bilakah sambutan Hari Guru diadakan setiap tahun?

 

10  Dia memakai topi ke sekolah setiap hari kerana rambutnya telah dicukur licin.

      A   Di mana dia memakai topi ke sekolah setiap hari?

      B    Bagaimanakah dia memakai topi ke sekolah setiap hari?

      C    Siapa dia memakai topi ke sekolah setiap hari?

      D   Mengapakah dia memakai topi ke sekolah setiap hari?

1 ulasan:

  1. ada tips tak bgmana soalan tersebut ada kaitan ngn jwpan??

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...