Isnin, 1 Oktober 2012

Memperkasa Bahasa Melayu

                                             Semua kaum perlu sentiasa guna bahasa Melayu
30 JUN — Pendirian tegas kerajaan untuk terus memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara adalah satu jaminan untuk membela, memelihara serta memartabatkan bahasa Melayu, sesuai dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan.
Dalam mengharungi era globalisasi, bahasa Melayu berdepan pelbagai cabaran bagi menghalangnya menjadi bahasa ilmu.

Pelbagai bentuk pencemaran bahasa akibat ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memburukkan lagi keadaan, sekali gus menuntut usaha bersepadu semua pihak bagi menjadikan bahasa Melayu terus relevan sebagai bahasa ilmu seiring perkembangan semasa.
Walaupun kedudukan bahasa Melayu dijamin Perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan, usaha memastikan bahasa Melayu digunakan secara ilmiah di samping dapat menggambarkan citra Melayu perlu diperkukuhkan.

Toleransi dalam bertutur menggunakan bahasa ibunda mengikut kaum di negara ini memang sudah sebati, namun alangkah lebih manis jika semua kaum di negara ini menjadikan bahasa Melayu sebagai medium utama dalam berkomunikasi tanpa sebarang prejudis.

Komitmen ditunjukkan kerajaan untuk mempertahan bahasa Melayu tidak sepatutnya dipandang serong atau diiringi dengan perasaan perkauman kerana bahasa lain juga bebas dituturkan di negara ini.
Selepas 57 tahun Malaysia merdeka, rakyat sepatutnya tidak lagi memandang negatif terhadap kemampuan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu tinggi seperti digunakan secara meluas dalam bidang sains, teknologi dan perundangan termasuk digunakan dalam dokumen perjanjian serta surat-menyurat.
Hakikat sebenar yang mungkin kurang diketahui umum ialah kita sebenarnya mempunyai ribuan istilah dalam pelbagai bidang seperti sains dan teknologi di dalam kamus serta glosari yang diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Aktiviti yang dilakukan selepas membaca serta memahami petikan akhbar di atas.


                            Imbuhan from abrarps

1. Penerangan oleh guru mengenai imbuhan.
2. Murid mengecam perkataan dalam petikan.
3. Latih tubi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...